Isnin, 17 Januari 2011

Balik Kampung...

Lama dah tak balik kampung,Insya-Allah kalau tak ada apa-apa hujung bulan februari balik kampung.Dah 3Tahun tak balik kampung,rindu pulak nak pergi sawah,potong getah,tangkap ikan dan macam-macam lagi la...Tak lupa mandi sungai..hehehe...mudah-mudahan la jadi balik tahun,dah la tahun-tahun yang lepas tak dapat nak balik..tapi tak lama dekat kampung 5-6 hari saja,tak dapat cuti panjang....tapi tak apa janji dapat balik...hehe..

Asal usul Kadazan Dusun

Menurut Mitos:

Dahulu cuma ada kaum nunuk ragang yang dipercayai keluar dari pokok (nunuk ragang) dan apabila terdapat selisih faham antara mereka maka satu puak naik ke atas bukit dan memanggil diri mereka sebagai DUSUN dan satu puak lagi turun ke tanah datar dan memanggil diri mereka sebagai KADAZAN.


Mengikut logic:
Belum ada yang membuat rujukan.

Tapi setelah membaca content forum from DARSITA ..Sabah...Ada apa

ada kemungkinan yang Kadazan Dusun ni berasal dari tanah besar China sebab cousin saya pun ada pigi Taiwan dan ada kaum yang tinggal kat atas tanah tinggi di sana yang mempunyai persamaan dengan budaya KD.

mungkinkah?

Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.

Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun.

Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama.

Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri.

Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi.

Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.

Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu.

Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini,berbagai acara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara lain acara yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan Pesta Kaamatan ialah "Unduk Ngadau" Kaamatan yang mempamerkan pakaian tradisi mengikut etnik.

Konklusi, masyarakat Kadazandusun memang memiliki warisan budaya yang sungguh unik, asli dan menarik. Justeru itu, melalui laman web ini sedikit sebanyak memberi penerangan dan penjelasan kepada para pembaca yang melayari laman web "Warisan Budaya Kaum Kadazandusun" supaya warisan budaya masyarakat Kadazandusun ini tetap dipelihara dan dikekalkan untuk tatapan dan penyelidikan generasi masa akan datang.

Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun merujuk kepada empat puluh satu etnik seperti berikut; �

Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan, Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon, Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung.

Kita akui bahawa kesemua etnik di atas berasal dari Nunuk R agang, iaitu satu petempatan awal Kadazandusun yang terletak di "Tompios" dalam daerah Ranau pada hari ini.

LAGENDA NUNUK RAGANG

Catatan yang lengkap mengenai Nunuk Ragang sudah lama hilang namun apa yang masih tinggal hanyalah teori-teori para ahli Sains Sosial dan cerita legenda.



TEORI SAINS SOSIAL

Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum kadazandusun.

Teori Pertama: Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan "Mongoloid" (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965);

Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan "Indo-Malayan" (T.R. Williams: 1965).

Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter:19220

Teori Keempat : Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.



Sejarah lisan atau Cerita Legenda yang popular menunjukkan bahawa Kadazandusun berasal dari tempat ini - "NUNUK RAGANG". Tempat ini terletak di sebuah kawasan di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitu sungai Kogibangan (dari arah kiri) dan Sungai Kawananan (dari arah kanan) yang telah bercantuman menjadi sungai yang lebih besar, yang dinamakan Sungai Liwogu (Dalam dan Tenang). Kerana diliputi dengan "lembaga hidup yang kelihatan kemerahan-merahan" masing-masing dengan telatah dan perangainya.

Di bawah pohon, di tebing sungai dan di atas sepanjang juntaian akar Nunuk - penuh dengan lembaga itu. Pantulan warna ke "kemerahan" semakin menyerlah apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh lembaga-lembaga itu. Oleh yang demikian, Nunuk itu kelihatan seolah-olah "merah" lalu ia dipanggil Nunuk Ragang. (Aragang/Ragang(Bahasa Kadazandusun)=Merah.

Tanggapan bahawa Nunuk itu Merah atau Nunuk Ragang adalah kiasan bagi menggambarkan betapa ramainya manusia (lembaga merah) yang bersenda ria di sekitar kawasan Nunuk ini. Sebenarnya, manusia yang ramai dikiaskan sebagai "warna merah" apabila dilihat dari jarak jauh dan bukanlah pokok Nunuk itu yang berwarna merah.

Sejak itu, nama NUNUK RAGANG ini menjadi "identity" rakyat Sabah yang mempercayai bahawa "asal-usul" mereka adalah dari kawasan ini. Tempat ini dikenali sebagai Pomogunan Nunuk Ragang, nama yang diambil bersempena dengan kewujudan pokok Nunuk, yang pada suatu ketika dahulu "merah" satu perlambangan menunjukkan betapa ramai manusia di tempat ini.

Di kawasan muara percantuman dua batang sungai ini, terdapat sepohon pokok Kayu Ara (Nunuk). Saiz pokok Nunuk itu sangat besar dan sebahagian daripada akar serta dahan-dahannya condong ke arah sungai Liwogu. Dahan-dahan dan akar terjuntai ke sungai, sangat sesuai sebagai tempat rekreasi seperti memanjat, bergayut, berteduh dan sebagainya.

Penduduk di sini sangat ramai, ketika cuaca baik dan cahaya matahari memancar di ufuk barat dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang, ketika itulah ramai penduduk (tidak kira tua, muda, gadis, pemuda dan anak-anak dsb..) turun bermandi-manda di sungai Liwogu, sementara yang lain memanjat, bergayutan serta ramai yang berjemur di atas dahan-dahan rending Nunuk tersebut.

Suasana demikian berlaku hampir pada setiap hari dan pada masa yang hampir sama, kecuali cuaca tidak baik atau sungai Liwogu ini banjir. Maka apabila seseorang melihat pokok Nunuk dalam suasana seperti itu dari jarak jauh, sama ada dari puncak bukit mahupun dari sebarang sungai Liwogu, pemandangannya sangat menakjubkan. Pokok Nunuk kelihatan seolah-olah "aragang".

KEHIDUPAN MASYARAKAT NUNUK RAGANG

Masyarakat terawal Kadazandusun dikatakan telah menghuni tempat ini dalam keadaan bebas, menikmati berbagai-bagai jenis bekalan makanan yang mencukupi, baik makanan daripada hutan mahupun daripada sungai serta hasil daripada usaha pertanian. Keperluan hidup yang lain juga mudah diperolehi di sekeliling perkampungan Nunuk Ragang ini.

Kehidupan mereka aman dan damai, bersatu padu, mogitabang-tabang, mogiuhup-uhup, otoluod, obinsianan, orulan, ohinomod, aparu, onimot, obingupus, okupi, obintinong, obingkanggau, obintumbayaan, obinronok, obiniangasan, otuyu, obingopi, mamantang, otorini, opori, oining, obintudau, osuau, opohawang, obulun om onitinginawo.

Hidup yang tenang dan tenteram itu telah membolehkan mereka berfikir sambil menerokai "teknologi baru" bagi menambah kecekapan, menamnbah dan memudahkan urusan serta meningkatkan kesejahteraan hidup seharian. Bidang bidang yang diterokai antara lain ialah peralatan pakaian (seperti sinombiaka, tokuluk (sirung, linumbagai, golong, sinandang, limpogot, dll), peralatan pertanian (seperti ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan, kisaran, tosung, rilibu/raya dll).

Peralatan perikanan (seperti tundalo, siud, bangkala, tambong, bubu sawak dll), peralatan penternakan(lukug, gading dll ), peralatan memburu (sopuk, tuwil, gaba, sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip, tabpai, sodik, tungkakub, pimpig, tawos dll), peralatan muzik dan bunyi-bunyian (seperti tagung, sompoton, turali, bungkau, suling pumpuak, dll), peralatan dan produk-produk ekonomi(seperti Bohungon, Basung, kakanan, luping, sigup, sada toosin, bilis, tipun, paha, tusi dll).

Lagenda Pesta Kaamatan

Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Asal Usul Magavau

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih p adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.


Rabu, 29 Disember 2010


Pertama kali ku bertamu dengan mu..
Sayunya hatiku merinduimu
Walaupown belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta
Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku engharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu
Akan ku renang lautan yg berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikalau kau meninggalkan ku
Terhiris hati ini.terguris jiwa ini.
Menangis tak berlagu..ohhhh...
Biarpun ombak yg mrubah pantai
Kasih ku tak kan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti ohhhh...
Sayangku pimpinkan tangan ku
Menuju mahligai bahgia..
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Ohhhh..kasih...

Luahan Hati Lelaki

makin hari makin mencabar. kenangan yang tercipta
semakin hambar. kau makin sibuk dengan pelajaran.
aku pula di alam perkerjaan. bila jarak dan masa cuba
memisahkan. kenangan jadi taruhan. kenangan yang
akan aku ungkit untuk beri aku sedikit ruang untuk
bermain bergurau dengan hubungan yang tercipta
dari mula dan aku akan cuba yang terbaik mencari
jalan akhirnya. aku berjanji cuma kebahagian. tapi
adakah ia memadai bagi kita insan yang hidup didunia?
adakah ia memadai buat kamu? hanya kebahagian aku
berani janjikan. yang lain aku cuma mampu beri yang
terbaik pernah aku ada. aku janji cuma yang terbaik.

aku tak besar. aku tak kuat. aku lelaki serba kekurangan.
aku tak pandai berkata kata seperti aku menaip atau tulis.
aku seorang lelaki yang membosankan. yang cuma suka
pada suatu benda dan tidak akan mengubahnya. yeah
semua akan cakap aku ni lelaki bosan. buat benda sama
sahaja dari hari ke hari. dalam kekurangan itu aku masih
punya sesuatu yang aku obses. Maharani. maaf aku tak
mampu beri sesuatu yang lebih baik yang kamu patut
dapat daripada apa yang kamu ada sekarang.

dikala melihat masa yang terus berubah dan berputar.
jarum yang sedikit pun tidak ada belas kasihan untuk
berhenti dan beri peluang untuk aku rasa kembali apa
yang telah kita lalui. aku seorang yang gilakan kenangan.
adakah aku tidak betul? menjadi seorang lelaki yang
ingin masa dan diri ini kekal. tanpa desakan masa yang
terus berputar meninggalkan aku. sedangkan aku tak
mahu berubah mengekori masa. aku tak mahu. aku tak
mahu. biarlah masa mengubah umur. memanjangkan
bulu. mengkedutkan kulit. tapi aku takkan berubah
kerana masa. aku berubah untuk keselesaan hubungan
yang kita bina.

bila berdiri disisi orang yang hebat seperi kamu. seperti
emak. kau harus tahu aku rasa hilang dari kewujudan.
kehidupan. masa depan kau lebih baik. kau pandai. kau
terpelajar. kau beriman. bagi aku tiada manusia yang
sempurna. tapi bagi aku kau cukup bekalan didunia dan
akhirat. mungkin kau masih tak pandai masak. selain air
jerang. maggi. telur. dan makanan yang tak perlu rempah
ratus. kau masih boleh belajar. sekarang rempah ratus
semua da siap. tinggal masukkan jer. tetapi aku pula masih
belum mampu jadi imam pada kamu. aku belum cukup
segala ilmu dan iman didada. iman tak dapat dijual beli
bagai rempah ratus makanan kan. sampai masa aku akan
bersedia. dan sampai masa kau perlu tahu masak ok.

aku bukan menulis. bercakap atau melakukan perkara
manis untuk buat kau atau wanita lain cair atau tertarik.
cuma telah aku gunakan. berikan. segala yang aku ada.
telah aku perah segala keringat. segala yang terbaik
pernah aku ada untuk hubungan kita. aku tak harapkan
kau untuk menilai aku. aku harapkan yang maha satu
menilai aku sebagai seorang lelaki yang kekal untuk di
beri aku peluang memiliki salah seorang umatnya. andai
takdir kita sukar satu hari nanti. aku juga manusia aku
tak janji aku akan kuat untuk hadapi semua takdir.

aku juga umat dia. yang membezakan nya aku lelaki.
moga takdir yang dia tentukan terbaik buat kamu
maharani. aku lelaki. kau wanita. wanita yang sentiasa
dipandang mulia disisi nya. kehidupan kau itu terbaik
buat aku. biar lah dia menilai segala nya tentang aku.
mungkin aku sayang kau lebih dari yang kau tahu. tapi
dia tahu. tapi aku juga berdosa lebih dari yang aku tahu
padanya. tapi dia tetap tahu. semoga takdir kita terbaik
buat kamu. doa aku mungkin tidak sehebat doa orang
yang beriman seperti kamu maharani.